Wanita Solehah

Wanita Solehah

Monday, 16 April 2012

Hidung ku Syurga ku


Assalamualaikum salam sejahtera kawan-kawan....saja nak sampaikan sikit sesuatu tentang hidung kita, mungkin ada yang dah tahu. Tidak kiralah berapa besar lubang hidung kita atau macamana bentuknya
kenalah kita ambil tahu sedikit. Bunga akan berkembang segar jika
disirami air.... dan hidung akan berkembang megah bila dipuji.ye dak?....
Bila kita nangis kekadang hidung pun tumpang nangis kadang-kadang air hidung lebih banyak dari air mata...malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang.

Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang
amat diminati oleh syaitan. Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi
syaitan adalah ketika kita tidur. Ketika itu syaitan akan berkumpul
didalamnya.Tidak diketahui dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan
lubang hidung tetapi ia boleh  menganggu keupayaan kita untuk bangun
dari tidur.
Membersihkannya sebaik  sahaja bangun dari tidur
adalah satu amalan yang dilakukan oleh rasullullah selain dari bersugi.

Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung
kita....macam-macam dia bikin.... oleh itu bersihkanlah.
Cara nak bersihkannya.
Berselawatlah dan gunakan jari yang
kecil...bersihkanlah perlahan-lahan. Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang
objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan
tertanggal...
boleh jadi lubang hidung akan menjadi luas
(macam serombong kapal daa...)

Nak bubuh sabun pun boleh tetapi jangan le banyak
sangat nanti berbuih pulak lubang hidung tu.... boleh lemas
tu...kan susah, setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR
melalui lubang hidung.

Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya
kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah dan
dapat menghidu bau syurga. (ini bergantung kpd amalan masing-masing)

Akhir kata...
"Walaupun dirimu tidak kukenal!
Tetapi lubang hidungmu
tetap menjadi pujaan hatiku...."

No comments: