Wanita Solehah

Wanita Solehah

Monday, 16 April 2012

Anak Derhaka

1 September 1994..
Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada 
tengah hari itu. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut.
Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng -gelengkan kepala. 


Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di 
dalam hati . Setelah injin motosikal di matikan, saya berjalan ke arah mereka. 
" Bincang apa tu ? Serius aku tengok," saya menyapa. 
" Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak 
boleh keluar dari kubur emak dia ?" kata Jaimi, kawan saya. 
" Budak perempuan ? Tak boleh keluar dari kubur ? Aku 
tak faham bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa 
yang mereka katakan itu. " Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, 
" di kubur kat kampung Batu 10
tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas 
itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang 
tengah nak keluarkan dia...tapi belum boleh lagi ".
" Kenapa jadi macam tu ? " saya bertanya supaya Jaimi 
bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka 
berbual.. 
Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan 
semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun 
berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar 
bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah
berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang. 
" Bukannya banyak, RM 20 aja mak !" gadis itu membentak. 
" Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab 
ibunya, perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. 
Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi, lemah jantung dan 
kencing manis. 
" Maaak...kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata 
gadis itu. 
" Yalah, mak tau...tapi mak tak ada duit," balas ibunya. 
" RM 20 aja !" si gadis berkata. 
" Tak ada ," jawab ibunya. 
" Emak memang kedekut !" si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras. 
" Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis 
tersebut menyanggah, katanya, " Ahhh...sudahlah emak !Saya tak mau 
dengar ! " 
" Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis 
kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ; "kalau abang, boleh, 
tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada !" 


Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke 
pintu. Si ibu jatuh ke lantai . "Saida..Sai.. dddaaa.." katanya perlahan
sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit. 


Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia 
sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, 
di balingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan Sementara diluar, 
suasana sunyi sepi. 


Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah 
terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila di pegang ke 
pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi berdenyut. 


Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak 
bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melaui jiran-jiran,
kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar. 


Jaimi menyambung ceritanya ; " Mak cik tu di bawa ke kubur pukul 12.30 
tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak 
di masukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak
terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat
bantu. 
" Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi
ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi 
kubur." 


Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah 
ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat 
tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan. 


Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. 
Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba 
kakinya tidak boleh di angkat . Ia seperti di paku ke tanah. Si gadis 
mula cemas. 
" Kenapa ni ayah ?" kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi. 
" Apa pasal," Si ayah bertanya. 
" Kaki Saida ni..tak boleh angkat !" balas si gadis yang kian cemas. 
Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. 
Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku. 
" Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat... tak boleh nak naik,"
gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya. 
Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki 
gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi 
di panggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil. 
" Ayah...kenapa ni ?? !! Tolonglah Saida , ayah.." si 
gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di 
pinggir kubur. 


Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba 
menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, 
kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat. 
" Tolong saya ayah, tolong saya...kenapa jadi macam ni 
ayah ? " kata si gadis sambil meratap. 
" Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal . 
Sekarang , ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas
gagal mengeluarkan anaknya itu. Dia menarik lagi tangan gadis yang 
berada di dalam kubur tapi tidak terganjak walau seinci pun. Kakinya 
tetap terpahat ke tanah. 
" Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis 
itu menangis . Sambil itu di peluk dan di cium jenazah kiblat. Air 
matanya sudah tidak boleh di empang lagi. 
" Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida 
menyesal...Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia 
menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku. 


Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya 
boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cuba mengeluarkan nya namun 
kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat 
keputusan bahawa kubur tersebut 
perlu di kambus. 
" Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat di lihat lagi.
Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam mana ?"
kata imam kepada bapa gadis berkenaan. 
"Habis anak saya ?" tanya si bapa. 
" Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, 
mayat isteri awak di sempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas 
imam. 


Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang di putuskan, upacara 
pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya.
Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja, cukup untuk 
menimbus keseluruhan jenazah ibunya. 


Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila 
talking di baca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia 
meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara 
itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil. 
" Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. 
Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. 
Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi. 
" Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua 
menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur. 


Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana. 
Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan 
pantas menuju kubur yang di maksudkan dan berusaha menyusup ke celah-
celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak. 


Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai ke barisan paling 
hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di 
depan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh 
meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. 
Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata 
masing-masing. 


Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan
adalah kenalan saya. 
" Pssstt...Raie...Raie..Psstt," saya memanggil , Raie yang perasan saya
memanggilnya mengangkat tangan. 
" Boleh aku tengok budak tu ?" saya bertanya sebaik saja dia datang 
ke arah saya. 
" Mana boleh . Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan
seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir 
ada orang yang tahu. 
" Sekejap aja. Bolehlah..."saya memujuk. Alhamdulillah, setelah puas di
pujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya mengusup perlahan-lahan dan 
berjalan beriringan dengan Raie seolah-olah tidak melakukan apa-apa 
kesalahan. 


Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama ,risau, takut di 
halau keluar. Kedua ; tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku
kepada gadis berkenaan. selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, 
akhirnya saya sampai ke pusara yang di maksudkan. Di pinggir kubur itu 
berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya. 
Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia 
merayu supaya saya tidak di halau. Alhamdulillah, saya lihat seorang 
polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu
memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur. 


Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat
gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis 
teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad 
dan merintih ; "Emak...ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka 
pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal.." 


Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang 
bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah 
ibunya. " Emak...lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya,
" Di tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga
saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata 
mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk 
menyelamatkan gadis berkenaan. 
" Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil 
menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut 
langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia 
sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya. 
Hampir menitis air mata saya melihat Saida . Tidak saya sangka , cerita
datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata. 
Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, 
dosa menderhakai ibi bapa akan dibalas 'tunai'. 
Malangnya saya tidak dapat lama di sana. Cuma 10 - 15 minit saja kerana
Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak 
mahu , terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan 
kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak, 
ampunkan saya saya, Ya Allah, lepaskanlah kaki ku ini, aku bertaubat, 
aku insaf..." 
Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik 
beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar, tapi 
seperti tadi, tidak berhasil. Seorang polis saya lihat mengesatkan air 
matanya. 


Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. 
Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan 
lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun
datang untuk membuat liputan tetapi tidak di benarkan . Mereka merayu 
bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis , permintaan itu
terpaksa di tolak. 


Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. 
Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia 
tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan 
malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya yang saya 
terngiang-ngiang di telinga. 


Saya di beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun 
minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik 
beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan 
berdoa. Namun telah di sebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa 
adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat di keluarkan. 
Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang di beri 
oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida 
menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. 


Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut 
mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis 
berkenaan tapi mereka puas jika dapat tersesak-sesak dan mendengar 
orang-orang bercerita. 


Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida 
meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar 
kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. 
Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana 
terlalu sedih sangat dengan apa yang di lakukannya. 


Allah Maha Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas 
terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian 
di sempurnakan seperti mayat-mayat lain. 
Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang 
melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang 
derhaka...

No comments: