Wanita Solehah
Thursday, 5 April 2012
ALANGKAH SUSAHNYA UNTUK BERLAKU IKHLAS
Ikhlas adalah salah satu daripada sifat-sifat mahmudah yang paling tinggi selepas iman.Ia adalah rahsia Tuhan, para malaikat pun tidak tahu.Yang punya diri pun tak dapat mengesannya.Ia adalah penentu apakah amalan seseorang itu diterima atau ditolak oleh Allah. Ada para sahabat bila mendengar tentang ikhlas itu dari Rasulullah s.a.w menangis meratap.Mereka merasakan tidak selamat.Mereka mungkin tidak boleh memperolehi sifat ikhlas yang begitu tinggi kedudukan dan nilainya itu kerana susahnya untuk mendapat sifat ikhlas itu.
Islam tidak membenarkan seseorang itu mengaku dia adalah ikhlas walaupun sebelum ini dia ikhlas, automatik keikhlasannya terbatal.Kalau begitu salah sekali selama ini yang berlaku dalam kehidupan kita seolah-olah telah jadi budaya apabila seseorang itu memberi, menolong,membantu dengan berkata,’Ambillah,saya ikhlas’.Saya telah tolong dia dengan ikhlas kemudian dia memusuhi saya’.Saya hendak tolong awak ini dengan ikhlas tapi saya sedih awak menolaknya’Saya ikhlas nak bagi banyak itu, saya bagilah’Di dalam menulis surat, selalu ditutup dengan perkataan,’saya yang ikhlas’Orang yang mengaku ikhas ertinya dia mengaku dia orang yang palingbaik.Dalam ajaran islam mengaku baik itu adalah satu kesalahan.Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang ternafi keikhlasannya.Tiada siapa yangmengetahui seseorang itu ikhlas.Sekali pun yang punya diri,walaupunmalaikat,melainkan Allah saja yang Maha Mengetahui.Oleh itu tiada seorang pun yang berhak mengatakan yang dia ikhlas.Dia hanya berharap, moga-moga setiap amal yang dibuat itu diterima oleh Allah SWT.
Apa erti ikhlas?Erti ikhlas itu murni,bersih.Sesuatu benda itu, kalau jenis dia saja,tidak bercampur dengan jenis-jenis lain, dianggap benda itu bersih dan murni, tidak dinodai oleh benda-benda lain.Sebagai contoh, kalau air itu semata-mata air,kemudian kalau ia tercampur sabun atau nila atau tepung, air itu tidak ikhlas.Ertinya,air itu tidak murni lagi, tidak mutlak lagi,tidak bersih, tidak pure, kerana ia sudah tercampur dengan benda lain yang bukan jenisnya.Ertinya ,air telah ternoda atau dinodai oleh benda lain atau ia telahdiwarnai oleh benda lain. Begitulah kita beramal,berusaha,berjuang seperti bersembahyang,berpuasa,bayar zakat, naik haji,membaca al-quran,mengajar, berdakwah menolong motivasi, forum, ceramah,belajar dan lain-lain, semata-mata kerana Allah taala, kerana suruhannya, kerana perintahnya, kerana mentaatinya, kerana patuh kepadanya.Jadi, kerana yang kita buat seperti contoh di atas adalah kerana yang satu, tujuannya satu,didorong oleh satu sahaja iaitu oleh Allah swt.
Demi untuk mengabdikan diri kepadanya, tidak dicampur atau tidak bercampur dengan kerana-kerana yang lain selain Allah swt itulah yang dikatakan orang yang ikhlas.Iaitu, dia membuat kerja-kerja tadi,kerananya murni.tujuannyabersih,dorongan dari satu iaitu Allah Taala.Apa nak jadi, tidak timbul.Atau apa yang tidak jadi pun, tidak timbul,sekiranya buat kerja-kerja yang kita contohkan diatas kerananya iaitu dorongannya tidak bercampur atau tercampur dengan kerana-kerana yang lain atau terselit niat-niat yang lain di dalam niat kerana Allah itu.Jika sekiranya kerana-kerana lain dibawa sama,dia perbuat itu dorongannya bukan satu lagi.Sudah menjadi dua atau tiga seperti membuat kerja-kerja diatas dicampur sama kerana riak,megah,nama,glamour,pankat,duit,kerana orang minta,kerana takut orang tak suka, mental exercise, kerana boring di rumah,kerana hendak lari daripada masaalah,kerana ingin sokongan atau undi,kerana hendak uji kemampuan, kerana hendak berlawan,kerana cup,kerana hadiah, kerana piala, kerana kawan,maka orang itu sudah tidak khalis didalam kerjanya.Ikhlas sudah tiada.Ikhlas sudah tidak murni lagi.Di dalam perbuatannyaikhlas sudah ternoda.Justeru, apa yang dibuat itu kerana Allahnya sudahbercampur dengan kerana-kerana yang lain seperti kerana contoh diatas yang telah disebut tadi.Oleh itu keranaAllahnya sudah tidak bersih atau tidak murni lagi.Niatnya sudah bersekutu atau niatnya sudah syirik iaitu syirik khafi.Diakhirat anti Allah meminta orang itu “pergilah kepada orang yang kamu meminta itu “Allah Taala tidak akan membalas apa-apa kebaikan kepada orang itu,kerana tujuan dia beramal itu tidak kepada Allah lagi. Atau tidak sepenuhnya kerana Allah. Ada kerana yang lain selain kerana Allah.
Untuk berlaku ikhlas dalam semua perbuatan kita,sebenarnya amat susahsekali.Terutamanyan kerja -kerja amalan yang ada hubungkaitnya dengankepentingan umum atau dengan orang ramai atau amalan yang terdedah kepada amalan umum seperti ceramah,berdakwah, mengajar, belajar, gotong royong,membaca al-quran di hadapan khalayak,forum,upacara memberi hadiah, beri bantuan dihadapan umum,atau dihadapan orang ramai,lebi-lebih lagi bagi orang yang jarang memikirkan hati.Hati dibiar atau etrbiar, jarang diambil tahu atau diambil kira,selalunya lebih banyak terjebak kepada tidak ikhlas.Lebih ramai nawaitu-nya tercampur dengan hal ‘huzzuzunnafsi’,kepentingan atau tujuan diri samaada disedari atau tidak disedari.Kerana kurang menyuluh hati,adakalanya amalan itu dibuat awal-awal laginawaitu telah rosak.Kalau tidak diawalnya, rosak ditengah jalan.Kadangdiawal dan dipertengahan jalan,hatinya kerana Allah tidak bercampur kerana yang lain,selain Allah Taala tapi dia terjebak di hujung atau diakhir perbuatannya.Ibarat membuat rumah atau bangunan diatas lumpur.Maka awal-awal lagi rumah atau bangunan itu runtuh,diawal-awal lagi.
Disini didatangkan contoh-contoh bagaimana ia boleh terjadi.Katalahkita hendak berdakwah satu tempat pada hari dan haribulan sekian-sekian,samaada kita yang buat program itu mahupun penduduk tempatan untuk menjemput kita.Hati kecil kita pun berkata,“Hah, ini masa kita akan popular, aku akan terkenal, atau peluang dapatduit poket atau aku akan hentam puak-puak ini yang menjadi musuh aku selama ini, barulah mereka tahu siapa aku, padan muka mereka nanti.”Usaha dakwahnya rosak sama sekali, diawal –awal lagi sudah tidak adakeikhasan.Bukan kerana Allah taala tapi kerana diri kita sendiri, kerana tujuan menghentam.Tapi kita gunakan hak Allah sebagai alat-alat.Ini iabarat melukis diatas air atau membangunkan rumah diatas lumpur.Bagaimana pula rosak di tengah –tengah atau di dalam prrjalanan?. Mula- mula memang dibuat kerana Allah.Hati berkata “ Aku wajib menyampaikan seruan Allah ini,lebih-lebih peluang sudah ada atau peluang sudah terbuka.Aku mesti mengisi program ini,aku tidak ada apa-apa keuzuran, kalau tidak aku mengisinyananti Allah pula marah.Insyaallah aku akan pergi berdakwah di tempat itu.”Waktu sedang menyampainya dengan petahnya dan dengan bahasa yang indah serta dengan dalil-dalil dan hujah yang fasih,orang ramai pun mengangguk-angguk, begitu beria -ia betul mereka mendengarnya dan menerima apa yang kita sampaikan,menunjukkan ada respon daripada orang ramai.Hati kita pun berbunga,syaitan pun menghembus-hembus di dalam hati kita untuk melupakan Allah.Kita pun terasa luar biasa.Hati kita pun berbisik-bisik kepada kita,”Hebat aku ni,boleh tahan juga aku ni ya! Payah juga orang lain nak menandingi aku!”Di pertengahan dia rosak.rosak didalam perjalanan.Keikhlasannya tadi telah diungkaikannya.Dia telah berkongsi niat di antara Allah dengan dirinya sendiri.Syirik khafi. Niat atau kebaikan berdakwahnya itu telahdibatalkannya.Ibarat membuat rumah atau bangunan,sedang dia membinanya dan belum pun siap,sudah diruntuhkannya.Ini kebaikan yang rosak dipertengahan jalan.Bagaimana pula orang yang rosak dihujung perjalanan atau diakhirperbuatannya.Di awal sebelum berdakwah, niatnya sudah bagus.Dia hendakberdakwah di tempat dan di bulan –bulan sekian,tujuannya berbuat begitu adalah kerana Allah.Dia ingin menunaikan tanggungjawab untuk menyampaikan risalah tuhan kepada umatnya.Apabila sampai masa berhadapan dengan orang ramai,ia pun menyampaikan dakwahnya,di waktu itu hatinya masih betul dan baik,belum tergugat lagi dari kerana Allah taala.Masih belum terungkai lagi.Tapi,apabila balik dari majlis berdakwah itu, ada kawan yang sama -sama berada didalam keretanya bercakap,”Ustaz bercakap tadi sedap betul,saya tengok orang didalam majlis mengangguk-angguk.Setiap orang beri respon.Ustaz kalau boleh kenalah teruskan dakwah ini,ustaz akan lebih lunak dan matang.”Hatinya terus berbunga.Ujub pun datang.Syaitan pun membisik-bisik dalam hati orang yang mampu dan berkebolehan.Dia tidak mengaitkan kemampuannya sebagai anugerah dari tuhan.Allah yang maha pengurnia.Patut dia malu pada tuhan,kerana Allah Taala telah beri dia kebolehan didalam ceramah atau pidatonya.Maka terbatal ibadahnya,pahala dakwahnya malam itu terkorban,ibarat membangunkan rumah atau bangunan,siap-siap saja rumah itupun runtuh.Apa yang kita bawa ini adalah satu contoh.kita boleh kiaskan pada kerja yang lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment