Wanita Solehah

Wanita Solehah

Wednesday, 3 October 2012

Tony Blair Akui Kehebatan Al-quran

Tony Blair akui kehebatan kitab Al quran setelah membacanya dan mengkajinya secara menyeluruh. Beliau sendiri mengangumi kitab suci Al quran itu.
Tony Blair yang juga bekas Perdana Menteri Britain berkata beliau kini bersikap lebih terbuka terhadap agama selepas bersara daripada jawatan perdana menteri. Beliau turut mengakui beliau membaca al-Quran setiap hari kerana aktiviti itu membuatnya lebih memahami perihal iman.

“Berusaha ke arah celik iman sangat penting dalam dunia global,” katanya kelmarin. Malah beliau menyatakan beliau membaca al-Quran setiap hari untuk memahami hal yang berlaku di dunia kerana al-Quran memberikan perintah yang berguna dan sempurna.
Al-quran juga meyakinkan pengetahuan beliau mengenai iman yang dapat membantu dalam tugasnya sebagai wakil di Asia Barat mewakili Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah Russia.
Sebelum ini beliau juga pernah menyatakan iman umat Islam amat indah dan Nabi Muhammad merupakan seorang tokoh yang mendorong peradaban yang hebat. Pada tahun 2006 beliau pernah menyatakan al-Quran adalah kitab reformasi yang terbaik. Al-Quran juga mengagungkan ilmu dan pengetahuan dan membenci tahyul.

“Kitab (al-Quran) itu memberikan arahan praktis mengenai pernikahan, wanita dan pemerintahan,” jelas Tony Blair. Tony Blair yang bukan islam ini juga selalu membaca terjemahan al quran kerana beliau mendapati keistimewaan Al-quran yang tiada tolok banding.
Justeru itu, sebagai umat islam yang hebat, kita sepatutnya menjadikan al-quran sebagai bahan bacaan harian kerana ilmu didalam alquran sangat luas dan tiada had.

CopyPaste dari Webberita | Agama


No comments: