ASSALAMUALAIKUM......
Semperna bulan REJAB ini,saya ingin kongsikan Kisah di Bulan Rejab dan Kelebihan-kelebihan Dalam Bulan Rejab..Jom baca dan Insyaallah kita buat dan amal dalam bulan Rejab ini ye...
Kisah di Bulan Rejab
Peristiwa ini berlaku di Baitulmaqdis, di mana ada seorang wanita tua yang sangat rajin beribadat,terutamanya bila tiba bulan rejab. Di bulan ini dia akan membaca surah al-Ikhlas sebanyak 12 kali
di samping mengerjakan ibadah puasa. Di bulan ini juga dia akan menanggalkan segala pakaian mewah dan digantikan dengan pakaian biasa. Pada suatu hari dia jatuh sakit dan merasakan ajalnya hampir tiba,
lalu dia pun meninggalkan wasiat kepada anak lelakinya. Katanya: "Anakku, sekiranya aku mati kapankanlah aku dengan kain yang murah." Setelah ajalnya tiba, lalu diuruskan jenazahnya itu oleh anaknya. Kerana mahu menjaga maruah keluarga, anak lelakinya itu telah mengkafankan ibunya dengan kain yang mahal.

Pada malam itu, dia bermimpi bertemu dengan ibunya. Kata ibunya: "Kenapa engkau tidak melaksanakan wasiatku dulu? Aku tidak rela dengan kain yang mahal ini." Setelah terkejut dari tidur, anaknya merasa menyesal lalu membuat keputusan untuk menggali semula kubur ibunya. Setelah digali sedalam yang mungkin, namun dia masih tidak berjumpa dengan mayat ibunya. Akhirnya dia pulang. Pada malam itu dia bermimpi lagi. Ada suara yang berkata:
"Sesiapa yang memuliakan bulan rejab, maka Allah tidak akan membiarkannya bersendirian di dalam kubur". Bila tersedar, dia berasa amat hairan namun bersyukur kerana ibunya telah mendapat perhatian di sisi Allah di atas kelebihan serta amalan ibunya di bulan rejab.

Kelebihan-kelebihan Dalam Bulan Rejab
Beberapa hadis Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
Beberapa hadis Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan
di hari Qiamat.
di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya'ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra' Mi'rajnya, Sya'ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan
dengan Lailatul-Qadarnya.
dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus).
Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka
(panjangnya setahun perjalanan).
(panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada
setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.
setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.
No comments:
Post a Comment