Wanita Solehah

Wanita Solehah

Wednesday, 7 March 2012

AINUL MARDHIAH


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Tawaran Bidadari Menguntungkan Isteri.
Bidadari merupakan salah satu anugerah ALLAH SWT kepada seorang
lelaki yang memasuki syurga.Tetapi seorang wanita yang solehah tidak
dianugerahkan bidadari,sebaliknya dia menjadi ketua kepada bidadari yang
dikurniakan ALLAH SWT kepada suaminya.
'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam
kalangan bidadari-bidadari yang lain.Kecantikannya sudah pasti tiada tandingan
dengan manusia biasa.Dalam satu pertemuan dengan para sahabat iaiutu suatu
pagi dalam bulan puasa ,Rasulullah saw memberi targhib(berita-berita
semangat supaya mereka terus berjihad pada agama ALLAH).Kata
baginda,"Siapa-siapa yang keluar di jalan ALLAH,tiba-tiba dia mati syahid,maka dia akan
dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan
bidadari syurga."
Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda
teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut,tetapi dia
malu hendak bertanyakan kepada Nabi kerana malu pada sahabat-sahabat lain
yang lebih tua.Namun dia tetap beri nama sebagai salah seorang yang akan
keluar berjihad.Bayangkan seorang sahabat yang masih muda dan mungkin pun
belum berkahwin, sudah mengharapkan bidadari.Pengharapan itu sampai
terbawa-bawa ke dalam mimpi.Tetapi siapa bidadari yang diidamkan itu?
Sebenarnya,bidadari ini tidak lebih daripada seorang pelayan dalam
sesebuah rumahtangga.Cuma mungkin bidadari ini berperanan lebih daripada itu
apabila dia boleh melayan segala keinginan seseorang lelaki yang menjadi
tuannya.Mungkin kalau hendak disamakan di dunia inilah hamba yang
dalam Islam dibenarkan tuannya menggauli hamba itu seperti isteri.
Soalnya mengapa bidadari diumpankan kepada manusia terutamanya kepada
lelaki?Suatu yang agak kurang sedap didengar,berita itu menjadi
kesukaan para lelaki seolah-olah lelaki ini kuat nafsunya.Keadaan ini sungguh
mengecewakan para isteri atau wanita  kerana mereka tidak mendapat
bidadara seperti lelaki.
Sebenarnya,seperti yang digambarkan di atas,berita yang disampaikan
oleh Rasulullah saw adalah untuk menimbulkan motivasi supaya  mereka kuat
berjihad dan beramal.Para lelaki yang mendengar tawaran itu sudah
tentu bersemangat untuk berjuang mempertahankan  Islam.Tawaran ini penting
kepada para sahabat kerana tawaran itu menjadi motivasi dalam perjuangan
mereka.Sesungguhnya  pada zaman itu bukan gaji dan elaun atau apa-apa
janji manis duniawi yang ditawarkan oleh Rasulullah saw.Jadi,sesuai dengan
zaman itu,Rasulullah membuat janji bidadari untuk mereka yang mati syahid.
Semoga dengan tawaran itu mereka pun akan bersungguh-sungguh untuk mati
syahid.Bagaimanapun,janji Rasulullah saw itu tetap dikotakan kerana
Rasulullah saw tidak berjanji politik.Tetapi,janji Rasulullah  saw itu pula memberi implikasi yang
berlainan kepada wanita atau isteri.Wanita yang bersifat cemburu,akan berusaha
untuk menjadi wanita solehah.Mereka berusaha untuk menjadi isteri yang baik
dan hamba ALLAH SWT yang taat.Hal ini kerana mereka mahu menjadi ketua
bidadari dalam syurga.
Sebagai ketua bidadari,isteri itu tentu mempunyai kuasa tertinggi
dalam melayan suaminya.Jadi,dia akan berada di samping suaminya
selalu..Mereka sudah pasti tidak mahu suaminya mendapat layanan daripada bidadari
lain walaupun halal.Sebaliknya dia akan mengarahkan bidadari suaminya itu
melakukan kerja-kerja lain selain melayan keinginan suami.Dalam hal
ini,adillah berita yang dibawa oleh  Rasulullah saw itu.Kedua-dua
belah pihak mendapat manfaatnya.Masing-masing berusaha untuk menjadi
manusia terbaik di sisi ALLAH SWT.
Jadi,tidak timbul wanita rasa kecewa dengan berita itu kalau mereka memahami
kehendak yang tersirat daripada cerita Rasulullah saw itu.

Wallahualam.

No comments: