Wanita Solehah

Wanita Solehah

Monday, 12 March 2012

Hukum rindu

a)Apakah hukumnya merindui seorang muslimin yang bukan mahram kita?

b) Bagaimanakah caranya ataupun kaedah terbaik untuk mengelak daripada perkara sebegini terjadi?


Mengikut kitab ibadah dalam Islam oleh Dr. Yususf Al-Qaradawi,

Beliau memberi 3 syarat umum dalam mengharuskan urusan kehidupan:

1. Setiap perkara yang dilakukan mestilah diniatkan kerana Allah dan sejajar dengan kehendak Allah (seperti untuk tujuan perkahwinan).

2. Amal perbuatan yang dilakukan tidak bertentangan dengan perkara yang diisepakati oleh ulama' sebagai haram. (cth: zina). Tetapi bagi perkara yang tidak disepakati masih dibolehkan. Kaedah: Al-Yaqin, la yuzallu bi syak (Keyakinan tidak tergugat dengan sekadar syak).

3. Perkara tersebut boleh mendatangkan manfaat. Kerana Islam tidak menghalalkan perkara yang lagha. sekiranya perkara tersebut mendatangkan mudharat, seperti menjejaskan pelajaran dll, maka jatuh haram.

Oleh itu, pertimbangkanlah perkara di atas dengan sebaik-baiknya. Sekiranya, ditakuti mendatangkan mudahrat maka jauhi lah ia. Caranya ialah dengan menyibukkan diri dengan ibadah, memperbanyakkan ibadah sunat dan dengan mengingati Allah.



Wednesday, 7 March 2012

AINUL MARDHIAH


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Tawaran Bidadari Menguntungkan Isteri.
Bidadari merupakan salah satu anugerah ALLAH SWT kepada seorang
lelaki yang memasuki syurga.Tetapi seorang wanita yang solehah tidak
dianugerahkan bidadari,sebaliknya dia menjadi ketua kepada bidadari yang
dikurniakan ALLAH SWT kepada suaminya.
'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam
kalangan bidadari-bidadari yang lain.Kecantikannya sudah pasti tiada tandingan
dengan manusia biasa.Dalam satu pertemuan dengan para sahabat iaiutu suatu
pagi dalam bulan puasa ,Rasulullah saw memberi targhib(berita-berita
semangat supaya mereka terus berjihad pada agama ALLAH).Kata
baginda,"Siapa-siapa yang keluar di jalan ALLAH,tiba-tiba dia mati syahid,maka dia akan
dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan
bidadari syurga."
Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda
teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut,tetapi dia
malu hendak bertanyakan kepada Nabi kerana malu pada sahabat-sahabat lain
yang lebih tua.Namun dia tetap beri nama sebagai salah seorang yang akan
keluar berjihad.Bayangkan seorang sahabat yang masih muda dan mungkin pun
belum berkahwin, sudah mengharapkan bidadari.Pengharapan itu sampai
terbawa-bawa ke dalam mimpi.Tetapi siapa bidadari yang diidamkan itu?
Sebenarnya,bidadari ini tidak lebih daripada seorang pelayan dalam
sesebuah rumahtangga.Cuma mungkin bidadari ini berperanan lebih daripada itu
apabila dia boleh melayan segala keinginan seseorang lelaki yang menjadi
tuannya.Mungkin kalau hendak disamakan di dunia inilah hamba yang
dalam Islam dibenarkan tuannya menggauli hamba itu seperti isteri.
Soalnya mengapa bidadari diumpankan kepada manusia terutamanya kepada
lelaki?Suatu yang agak kurang sedap didengar,berita itu menjadi
kesukaan para lelaki seolah-olah lelaki ini kuat nafsunya.Keadaan ini sungguh
mengecewakan para isteri atau wanita  kerana mereka tidak mendapat
bidadara seperti lelaki.
Sebenarnya,seperti yang digambarkan di atas,berita yang disampaikan
oleh Rasulullah saw adalah untuk menimbulkan motivasi supaya  mereka kuat
berjihad dan beramal.Para lelaki yang mendengar tawaran itu sudah
tentu bersemangat untuk berjuang mempertahankan  Islam.Tawaran ini penting
kepada para sahabat kerana tawaran itu menjadi motivasi dalam perjuangan
mereka.Sesungguhnya  pada zaman itu bukan gaji dan elaun atau apa-apa
janji manis duniawi yang ditawarkan oleh Rasulullah saw.Jadi,sesuai dengan
zaman itu,Rasulullah membuat janji bidadari untuk mereka yang mati syahid.
Semoga dengan tawaran itu mereka pun akan bersungguh-sungguh untuk mati
syahid.Bagaimanapun,janji Rasulullah saw itu tetap dikotakan kerana
Rasulullah saw tidak berjanji politik.Tetapi,janji Rasulullah  saw itu pula memberi implikasi yang
berlainan kepada wanita atau isteri.Wanita yang bersifat cemburu,akan berusaha
untuk menjadi wanita solehah.Mereka berusaha untuk menjadi isteri yang baik
dan hamba ALLAH SWT yang taat.Hal ini kerana mereka mahu menjadi ketua
bidadari dalam syurga.
Sebagai ketua bidadari,isteri itu tentu mempunyai kuasa tertinggi
dalam melayan suaminya.Jadi,dia akan berada di samping suaminya
selalu..Mereka sudah pasti tidak mahu suaminya mendapat layanan daripada bidadari
lain walaupun halal.Sebaliknya dia akan mengarahkan bidadari suaminya itu
melakukan kerja-kerja lain selain melayan keinginan suami.Dalam hal
ini,adillah berita yang dibawa oleh  Rasulullah saw itu.Kedua-dua
belah pihak mendapat manfaatnya.Masing-masing berusaha untuk menjadi
manusia terbaik di sisi ALLAH SWT.
Jadi,tidak timbul wanita rasa kecewa dengan berita itu kalau mereka memahami
kehendak yang tersirat daripada cerita Rasulullah saw itu.

Wallahualam.

Tuesday, 6 March 2012

Wanita Ciptaan Istimewa



Wanita Ciptaan Istimewa 


1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat 
menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah 
terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya. 

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur 
duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin. 

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan 
menghilangkan sebahagian kemerdekaannya. 

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan 
berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke 
liang kubur. 

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata 
kaum wanita. 

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang 
terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami. 

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan 
seorang lelaki. 

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang 
suami,dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala- 
galanya. 

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia 
tidak bisa melupakannya. 

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan 
kemuliaan akhlak dan perilakunya. 

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah 
kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan. 

12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah 
menjual kemerdekaannya. 

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, 
lelaki bermalam dalam kegelapan. 

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam 
mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis. 

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia 
menginginkan sesuatu.. 

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu 
menjadikan suaminya teman yang termulia. 

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan 
tidak mengenal pertengahannya. 

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat 
dia berkahwin. 

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi 
oleh isteri yang mulia. 

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki 
mencintai untuk hidup berbahagia. 

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya. 

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya 
setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada 
ucapan suaminya. 

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab 
mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa 
henti. 

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada 
ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan 
kecantikan. 

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi 
wanita adalah lidahnya. 

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi 
sebagai sumber kebahagiaan seorang suami. 

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan 
mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan 
pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan 
isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan. 

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu 
berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di 
sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami. 

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban 
dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya. 

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan 
setengah beban kehidupan suaminya. 

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara 
lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya. 

Wallahua'lam

Monday, 5 March 2012

Wanita


Wanita adalah ciptaan Allah swt sama seperti lelaki. Kedatangan Islam telah meletakkan darjat wanita di tempat yang mulia. Tidak ada peradaban lain di dunia ini yang memperlihatkan kemuliaan wanita melainkan Islam.

Penciptaan wanita bermula dari Hawa a.s. Beliau dicipta dari tulang selangka kiri Nabi Adam a.s. Kenapa diciptakan makhluk bernama wanita? Kerana lelaki akan kesunyian tanpa wanita seperti mana yang Nabi Adam alami ketika berseorangan di syurga dahulu. 



Dan di antara ayat-ayatNya (keterangan tentang kekuasaan dan rahmat Allah), bahawa Dia (Allah) menciptakan isteri-isteri kamu daripada diri kamu, untuk kamu, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dijakanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan (Ar-Rum:21)

Wanita mempunyai peranan yang sama penting di dalam kehidupan di muka bumi ini. Di dalam al-Quran sendiri telah diturunkan surah yang khusus mengenai wanita iaitu surah an-Nisaa'. 

Malah ada kata-kata bijak pandai mengatakan, "seorang lelaki yang hebat itu pasti ada wanita di belakangnya." Wanita itulah ibunya ataupun isteri kepada lelaki tersebut.

Nabi saw juga ketika menyampaikan risalah Islam kepada manusia, kesemua isteri-isteri baginda serta anak-anaknya khususnya Sayyidatina Fatimah menjadi watak-watak yang penting dalam penyebaran dakwah khususnya di kalangan wanita.

Orang yang mententeramkan Nabi saw ketika turunnya wahyu pertama, yang mula-mula beriman ketika manusia dalam keadaan kafir, yang membenarkan baginda ketika difitnah, yang banyak membantu dengan harta ketika tiada manusia lain yang membantu itulah dia seorang wanita yang dinamakan Sayyidatina Khadijah ra.


Dari wanita, lahirlah seorang pemimpin agung. Dari susuan seorang wanita juga lahirlah manusia yang intelek. Dari asuhan dan tarbiyyah seorang wanita juga lahirlah manusia yang bertaqwa.

Tangan yang menghayun buaian juga boleh menggegarkan dunia. Tetapi adakah semua wanita itu boleh menggegarkan dunia seperti mana Masyitah mampu menggegarkan singgahsana Firaun laknatullah itu?

Sesungguhnya dengan agama sahaja wanita itu boleh menggegarkan dunia. Seorang lelaki yang hebat itu dilahirkan oleh wanita yang hebat juga. Mereka itu adalah wanita yang menundukkan pandangan mereka, menjaga aurat mereka, memelihara malu mereka, yang memelihara perilaku mereka serta patuh dan tunduk kepada semua tuntutan yang telah disyariatkan.

Aurat merupakan antara perkara utama yang perlu dijaga oleh seorang wanita Islam. Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: "Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadis riwayat Baihaqi)

Hadis ini menunjukkan betapa besarnya tarikan wanita terhadap seorang lelaki.

Sesungguhnya makanan yang sentiasa tertutup itulah yang akan menjadi rebutan berbanding dengan makanan yang terdedah dan tidak tertutup. Makanan yang terhindar dari pencemaran jugalah yang akan memberikan kekuatan pada tubuh manusia.

Ingatlah wahai wanita, lelaki yang jahat itu sentiasa melirikkan matanya di setiap inci bahagian tubuhmu yang terdedah. Nafsunya sentiasa mencari jalan untuk melihat wajah, serta lenggok dan bentuk tubuhmu yang menawan. Sesungguhnya tubuhmu itu adalah hak bagi suami mu sahaja.

Ingatlah wahai wanita, sesungguhnya kejahatan yang engkau lakukan pasti akan menarik 4 golongan lelaki yang lain bersama ke dalam neraka. Iaitu ayahmu,suamimu,anak lelakimu serta adik-beradik lelakimu. Sedangkan kejahatan lelaki itu tidak akan menarik seorang wanita pun bersama mereka ke neraka.

Ingatlah wahai wanita, kepanasanmu bertudung, longgarnya pakainmu, panjangnya lengan bajumu, panjangnya sarung kakimu, sopannya tingkah lakumu serta ketabahanmu menjaga syariat Islam itu ganjarannya syurga di akhirat kelak.

Kebaikan itu adalah elok budi pekerti. Dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam diri engkau dan engkau benci bahawa dilihat oleh manusia kepadanya (Riwayat Muslim)

Ibn Umar ada berkata, "Kebaikan itu mudah, muka yang berseri-seri dan perkataan yang lemah lembut."

Abu Darda' pernah menyebut, "Kebaikan itu dalam ketenteraman, dan kejahatan itu dalam keraguan"

Pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa. Adakah seorang wanita itu menjadi harapan kepada bangsa sekiranya auratnya tidak dijaga dengan sempurna, perilaku akhlaqnya memualkan sesiapa yang melihatnya? Wanita yang tidak memelihara agama itukah yang bakal melahirkan generasi-generasi akan datang yang akan menyambung mata rantai perjuangan Rasulullah saw?

Sesungguhnya al-Quran dan Sunah Rasul telah menunjukkan jalan untukmu wahai wanita. Segalanya terpulang kepadamu untuk memilih jalan Maryam, ibu kepada Nabi Isa as, ataupun jalan Hindun, isteri kepada Abu Lahab.

Namun sekiranya syurga itu impianmu, maka ketahuilah jalan ke syurga itu penuh dengan pelbagai kesusahan yakni engkau perlu mengawal kehendak nafsumu yang menggoda. Sekiranya, neraka itu cita-cita mu, maka ketahuilah sesungguhnya jalan ke neraka itu dihiasi dengan keseronokan-keseronokan yang bersifat sementara dan tidak kekal abadi. 

Wallahua'lam.